KOTA BHARU – Nasib 45 penghulu tanpa mukim dan 24 ahli majlis daerah di Kelantan yang dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum diketahui susulan tiada sebarang keputusan berhubung penyambungan lantikan mereka setakat ini.Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, beliau juga belum menerima sebarang makluman mengenai perkara tersebut.Menurut beliau, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai seorang penghulu tanpa mukim, menjadikan keseluruhan 45 orang bagi 45 DUN di negeri ini.Ujarnya, selain itu terdapat 24 ahli majlis daerah yang turut menjadi perhatian berhubung status penyambungan lantikan masing-masing.”Tak ada (makluman) lagi. Saya pun tidak mahu menggalakkan mereka tidak disambung, cuma tidak tahu nasib lagi.”Kalau boleh, sambunglah kerana kita mahu berkhidmat,” katanya semasa sidang akhbar di sini pada Rabu.Terdahulu media malaporkan pada 8 Jun lalu, Pas mengumumkan keputusan untuk menamatkan semua kerjasama politik dengan Bersatu susulan mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.Kamarudin sah digugurkan sebagai Exco kerajaan negeri berkuat kuasa pada Isnin lalu.Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dalam satu kenyataan pada Rabu.
Nasib 69 lantikan Bersatu Kelantan belum pasti