Neymar terlepas aksi menentang Mesir

Neymar terlepas aksi menentang Mesir

New Jersey, Amerika Syarikat: Bintang Brazil, Neymar tidak akan berlepas ke Cleveland untuk aksi pemanas badan Piala Dunia menentang Mesir, esok susulan masih menjalani rawatan intensif kecederaan betis yang dialaminya.

Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) dalam satu kenyataan memaklumkan Neymar akan terus berada di New Jersey untuk menjalani program pemulihan.

“Neymar tidak akan melakukan perjalanan bersama delegasi ke Cleveland. Beliau akan kekal di New Jersey untuk menjalani fisioterapi serta memperhebatkan program pemulihan fizikalnya,” menurut kenyataan itu.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil itu sedang mengalami kecederaan regangan otot betis tahap dua iaitu kecederaan sederhana yang melibatkan koyakan separa pada otot.

Walaupun begitu, barisan kejurulatihan Brazil masih optimis pemain berusia 34 tahun itu akan pulih tepat pada masanya untuk aksi pembukaan Piala Dunia menentang Maghribi pada 13 Jun.

Juara dunia lima kali itu turut akan berdepan Haiti dan Scotland dalam saingan Kumpulan C.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top