LATEST

Pei Kee jadikan Wee Kiong inspirasi

Pei Kee jadikan Wee Kiong inspirasi

sukan@hmetro.com.my

Baca juga: Harimau Malaya tewaskan Yaman 2-1

Kuala Lumpur: Pemain badminton wanita negara, Go Pei Kee menjadikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Tan Wee Kiong sebagai inspirasi untuk meneruskan kariernya dan kembali bersama pasukan negara.

Menurut Pei Kee, jika ada pemain yang masih mampu beraksi ketika berusia lebih 30 tahun, mengapa dirinya harus mengalah terlalu awal. Justeru, dia membuat keputusan untuk kembali beraksi selepas mengumumkan pengundurannya daripada kem Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada awal tahun lalu.

Katanya, ketika ini dia hanya memberikan fokus kepada usaha meningkatkan prestasi agar dapat beraksi dengan lebih baik tanpa memberikan tekanan kepada diri sendiri seperti sebelum ini.

“Sekarang saya hanya mahu buktikan sesuatu kepada diri sendiri, bukan seperti dahulu untuk tunjukkan kepada semua orang. Pemikiran saya sudah berubah dan apa yang perlu dilakukan adalah berikan aksi terbaik.

“Saya juga ada tengok Wee Kiong yang masih bermain walaupun pada usia lebih 30 tahun. Jika dia boleh terus bermain, kenapa saya tidak boleh? Itu merupakan salah satu inspirasi saya,” katanya selepas latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Untuk rekod, pemain kelahiran Johor itu mengambil keputusan berundur daripada BAM pada Mac lalu dan berehat hampir lapan bulan sebelum kembali menyertai kem negara.

Wee Kong ketika ini berumur 37 tahun dan masih aktif beraksi dalam kejohanan utama bersama pasangannya, Nur Mohd Azriyn Ayub. Pencapaian terbaik beregu ke-29 dunia itu adalah separuh akhir Masters China pada September lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news