Pekerja Stesen Minyak Dihukum Penjara Guna Nombor IC Orang Lain ‘Rembat’ BUDI MADANI Diesel

Pekerja Stesen Minyak Dihukum Penjara Guna Nombor IC Orang Lain ‘Rembat’ BUDI MADANI Diesel

Oh! Tidak

Pekerja stesen minyak guna taktik salin nombor kad pengenalan dan masukkan ke sistem tanpa kad.

Kelicikan seorang pekerja stesen minyak menjana duit haram akhirnya memakan diri apabila helahnya terbongkar.

Niat mahu untung atas angin kini dibalas hukuman berat selepas kes penyalahgunaan nombor kad pengenalan orang lain dibawa ke muka pengadilan.

Pekerja stesen minyak dihukum penjara, sebat

Gari
Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan berita daripada Malaysia Gazette, Mahkamah Majistret Lahad Datu telah mengenakan hukuman lapan bulan penjara serta empat sebatan terhadap suspek selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan nombor kad pengenalan orang lain bagi mengaut subsidi BUDI MADANI Diesel.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata tertuduh ditahan bersama-sama dua rakan sekerjanya.

Namun, dua rakan sekerjanya dijadikan saksi pendakwaan.

Taktik curi nombor kad pengenalan terbongkar

Sikap tamak suspek mula dikesan apabila salah seorang pemegang kuota sah menyedari haknya telah digunakan secara tidak berhak oleh individu asing.

Budi95 Gambar

Beliau yang rasa teraniaya terus mengambil tindakan melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Polis menerima aduan daripada seorang mangsa yang mendapati kuota subsidi BUDI MADANI Diesel miliknya digunakan sebanyak empat kali melibatkan 43.01 liter tanpa pengetahuannya.

Siasatan polis mendapati modus operandi suspek adalah apabila pelanggan datang mengisi bahan api menggunakan MyKad untuk bantuan subsidi, suspek akan mencatat nombor MyKad pelanggan.

Bukan sekadar mencuri maklumat, suspek turut menyalahgunakan akses khas di tempat kerjanya.

Dia memasukkan nombor MyKad yang dicuri terus ke dalam sistem tanpa memerlukan kad fizikal, lalu menjual subsidi tersebut kepada pihak yang tidak sepatutnya.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top