Pelajar tingkatan 2 dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

Pelajar tingkatan 2 dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

am@hmetro.com.my

Segamat: Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mensudut Lama, Buloh Kasap di sini, hari ini.

Mangsa, Muhammad Idham Abd Kadir, 14, dikatakan mandi di tempat kejadian bersama beberapa rakan sebelum hilang dipercayai lemas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Segamat, Mansor Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.40 petang.

Katanya, seramai enam anggota BBP Segamat digerakkan ke lokasi dan sehingga jam 7.30 malam, mangsa masih belum ditemui.

“Operasi mencari masih diteruskan meskipun dalam keadaan hujan dan cuaca gelap.

“Kita sudah melakukan pencarian di permukaan dan akan teruskan lagi pencarian.

“Kedalaman sungai adalah dianggarkan melebihi lima meter,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top