Pemandu Kia Forte lolos daripada polis diburu

mhafis@mediprima.com.my

Kajang: Polis memburu pemilik Kia Forte putih yang melarikan daripada Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di kawasan pusat bandar Eco Majestic, di sini hingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada 10.31 pagi hari ini membabitkan anggota cawangan trafik yang ketika itu mengejar kereta berkenaan.

Katanya, polis juga mengesan rakaman video insiden yang tular di platform Threads, dengan kereta itu dipandu oleh individu tidak dikenal pasti serta nombor pendaftaran tidak jelas berjaya meloloskan diri.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk menghubungi Inspektor Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-6369835 bagi membantu siasatan.

Maklumat lanjut juga boleh disalur dengan menghubungi talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top