LATEST
National

Pelajar SBP hilang ditemukan selamat, kejadian tak berkait kes mati Rabu lalu – Polis

Pelajar SBP hilang ditemukan selamat, kejadian tak berkait kes mati Rabu lalu – Polis

IPOH: Pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar yang dilapor hilang semalam ditemukan selamat pada hari sama.

Baca juga: Polis buru kumpulan curi kabel di Jalan Tun Razak

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata pihaknya menerima aduan kira-kira 6 petang semalam daripada ibu pelajar berusia 13 tahun itu selepas dimaklumkan mengenai kehilangan itu oleh pihak sekolah.

“Usaha mengesan pelajar itu giat dijalankan polis yang turut melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak serta bantuan pihak sekolah dan ahli keluarga.

“Pelajar itu berjaya ditemukan polis di Taiping kira-kira 10 malam hasil maklumat orang awam dan diserahkan kepada ibu bapanya dalam keadaan baik serta selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Heisham berkata kejadian itu tidak berkaitan dengan kes kematian pelajar SBP di Kuala Kangsar yang dilaporkan pada Rabu lalu.

Terdahulu, kehilangan pelajar tingkatan satu sebuah SBP di Kuala Kangsar itu tular di media sosial.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news