Trending
Pendakwah direman 5 hari selepas disyaki seleweng dana NGO RM12.3 juta. SPRM beku akaun dan sita pelbagai barangan bernilai tinggi.
Seorang pendakwah bebas ditahan dan direman selama lima hari selepas disyaki menyalahgunakan kuasa serta menyeleweng dana NGO berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.
Menurut laporan Kosmo, perintah reman sehingga 26 April itu dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkifli di Mahkamah Majistret Seremban selepas permohonan dibuat oleh pihak SPRM.
Pendakwah bebas pindah wang ke akaun peribadi dan syarikat miliknya

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sekitar jam 8 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.
Siasatan awal mendapati suspek yang juga pengerusi NGO disyaki melakukan perbuatan tersebut dari September 2022 hingga kini.
Suspek dipercayai menyalahgunakan jawatan dan bersubahat dengan dua ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan wang kira-kira RM12.3 juta ke akaun miliknya dan lapan syarikat miliknya.
Akaun dibekukan, pelbagai barangan dirampas

Susulan siasatan, SPRM Negeri Sembilan telah membekukan 15 akaun bank melibatkan akaun peribadi, NGO dan syarikat dengan nilai keseluruhan kira-kira RM16.5 juta.
Selain itu, pihak berkuasa turut menyita pelbagai barangan termasuk:
- Wang tunai dan mata wang asing
- Tiga jam tangan (RM5,000)
- Tiga beg tangan (RM3,000)
- Lima gelang tangan (RM26,000)
- Sebentuk cincin (RM2,000)
- Rantai (RM7,000)
- 51 keping emas seberat 1 gram (RM31,000)
Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan tersebut.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Pssttt! Amanah bukan sekadar jawatan, tapi tanggungjawab. Jangan sesekali khianati kepercayaan yang diberi, kerana akibatnya bukan saja di dunia, malah di akhirat.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




