Perkukuh kawalan keselamatan semua lapangan terbang, pintu masuk negara – Agong

Perkukuh kawalan keselamatan semua lapangan terbang, pintu masuk negara – Agong

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah supaya kementerian dan agensi berkaitan memperketat kawalan serta memperkasa tahap keselamatan di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah langkah berkenaan penting bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah serta mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Aspek keselamatan di pintu masuk negara perlu sentiasa diperkasa menerusi penguatkuasaan yang lebih berkesan, pemantauan berterusan serta kerjasama erat antara semua agensi berkaitan,” titah Sultan Ibrahim.

Titah berkenaan dizahirkan Seri Paduka Baginda semasa berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan yang berlangsung selama lebih sejam di Istana Bukit Tunku di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top