PRN Johor: Onn Hafiz tiba di SK Simpang Renggam untuk mengundi

PRN Johor: Onn Hafiz tiba di SK Simpang Renggam untuk  mengundi

khairil.ashraf@hmetro.com.my

Kluang: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam di sini, bagi mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu tiba pada 8.06 pagi.

Onn Hafiz turut sempat menyapa pengundi yang turut mengundi di SK Simpang Renggam.

Dalam PRN kali ini, Onn Hafiz bakal ditentang calon Pakatan Harapan (PH), Nor Hafiz Roslan.

Pada PRN 2022, Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,543 undi selepas meraih undi 11,029 undi menewaskan pesaingnya, Azlisham Azahar (PN), R Sangaran (MUDA) dan Sharuddin Md Salleh (PEJUANG).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top