am@hmetro.com.my
Baca juga: Presiden MTBC dipilih anggota jawatankuasa eksekutif ABF
Kuala Lumpur: Kehadiran seorang lelaki warga asing yang disyaki kurang siuman di luar sebuah sekolah rendah di Bandar Utama, Petaling Jaya, hari ini, menimbulkan kebimbangan orang awam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata polis menerima aduan mengenai lelaki berusia lingkungan 30-an itu kira-kira jam 11.45 pagi.
“Polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas lelaki itu dan tiada senjata atau barang salah yang dijumpai dalam simpanannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat atau membuat spekulasi mengenai kejadian berkenaan di media sosial.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd