Kuala Lumpur: Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Datuk Najeeb Abdullah dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Boling Asia (ABF) bagi penggal 2026-2030.
Baca juga: PRN Melaka: Muafakat BN-PN tidak gadai prinsip – Tuan Ibrahim
MTBC dalam kenyataan memaklumkan pemilihan itu berlangsung pada Mesyuarat Agung ABF yang diadakan di Doha, Qatar hari ini.
Menurut kenyataan itu, mendiang Sidney Tung yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung ABF dari 1991 hingga 2007 adalah wakil Malaysia terakhir yang dilantik menganggotai badan peringkat benua tersebut.
MTBC turut menyatakan rasa bangga apabila wakil Malaysia kembali berada dalam kepimpinan sukan boling Asia.
“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Najeeb dalam peranan baharunya dan berharap beliau akan terus menyumbang kepada perkembangan serta kemajuan sukan boling Asia,” menurut kenyataan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd