TANGGA BATU – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru pengundi DUN Pantai Kundor memberi peluang kepada calon parti itu, Datin Seri Dr Asmah berkhidmat di kawasan itu yang juga merupakan kampung halamannya.Muhyiddin yang ditemui ketika kempen bersama calon di Pantai Puteri pada Khamis berkata, Dr Asmah mempunyai kelayakan dan pengalaman luas untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.Menurutnya, bekas pakar kesihatan awam itu juga mempunyai pengalaman lebih luas berdasarkan latar belakang profesionalnya, sekali gus diyakini mampu memahami keperluan serta keadaan penduduk di kawasan berkenaan.”Beliau lebih berkelayakan daripada saya. Dia seorang doktor, saya bukan doktor dan lebih senior dari segi jawatan walaupun baru bersara.”Pengalamannya cukup banyak. Jadi, bagi saya, beliau tahu situasi dan keadaan terutama di kawasan yang ditandinginya,” katanya kepada Sinar Harian.Kerusi DUN Pantai Kundor menyaksikan pertembungan dua penjuru babit penyandang, Datuk Tuminah Kadi daripada BN dan juga Dr Asmah daripada Bersatu.Muhyiddin berkata, calon di pilih Bersatu mewakili parti itu dibuat berdasarkan kelayakan tertentu selain mengambil kira kemampuan mereka untuk membawa perjuangan parti kepada rakyat.”Ini memang menjadi asas pertimbangan kita sebelum memutuskan mereka sebagai calon.”Kemudian, kita turut menjelaskan matlamat perjuangan parti, sebab Bersatu bertanding di kawasan-kawasan berkenaan serta mengapa kita tidak menggunakan simbol lain selain lambang Bersatu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi,” katanya.Dalam pada itu, Muhyiddin turut menggesa pengundi luar, khususnya masyarakat Melayu yang berdaftar di Melaka, pulang menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Sabtu ini.Katanya, kadar keluar mengundi dalam kalangan masyarakat Melayu sebelum ini dilihat agak rendah berbanding bukan Melayu.”Saya minta pengundi luar pulanglah mengundi di Melaka. Jangan abaikan kerana ini hak dan kewajipan mereka.”Kalau mereka pulang dan mengundi, pilihan raya akan lebih sempurna. Kita harap peratusan keluar mengundi yang tinggi akan memberikan peluang kepada calon-calon kita untuk menang,” katanya.Mengulas sasaran kerusi Bersatu pula, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, parti berkenaan bertanding di tujuh kerusi DUN dan kini memasuki fasa terakhir kempen.”Sambutan pengundi di kawasan yang ditandingi parti itu setakat ini amat menggalakkan, termasuk di Pantai Kundor.”Kita lihat sendiri ramai yang hadir menunjukkan sokongan moral kepada kita dan harapan saya ia akan diterjemahkan dalam bentuk undi pada 14 hari bulan ini, insya-ALLAH,” katanya.
PRN Melaka: Beri peluang Dr Asmah berkhidmat di Pantai Kundor – Muhyiddin
Malay News | https://www.malay.news/prn-melaka-beri-peluang-dr-asmah-berkhidmat-di-pantai-kundor-muhyiddin/