LATEST

Rafizi masih tidak bertaubat, anggap diri serba betul selepas kalah teruk 2 PRN – NGO

Rafizi masih tidak bertaubat, anggap diri serba betul selepas kalah teruk 2 PRN – NGO

KUALA LUMPUR: Mengulas mengenai catatan terbaharu Datuk Seri Rafizi Ramli di media sosialnya, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap pemimpin parti Kancil itu belum mendapat seruan untuk bertaubat daripada politik dendam, kebencian dan masih menganggap bahawa beliau serba betul.

Pengerusi Sekretariat Suara Wanita Nasional (SWN), Mazween Mokhtar berkata, malangnya masih ada segelintir pihak yang terpengaruh dengan hujah-hujah beliau walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa perjuangan politik beliau berteraskan dendam dan kebencian.

Baca juga: 45 hari belum cukup mantap! Ahmad Zahid cadang tempoh latihan PLKN dipanjangkan hingga 180 hari

“Beliau hentam semua, hentam UMNO, hentam DAP, dan tentunya hentam parti lama, PKR dengan pelbagai tuduhan dan hujah sambil menolak politik identiti yang dianggap sebagai pemula kepada skandal-skandal besar negara.

“Beliau kata hanya dirinya sahaja yang betul dan keputusan majoriti pengundi yang memenangkan gandingan BN dan PN sebagai keputusan yang salah,” katanya hari ini.

MAZWEEN MOKHTAR

Semalam, Rafizi mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang terus memberi sokongan dan membantu terutama pengundi-pengundi di Melaka yang menjadi “early believers” kepada satu platform politik masa depan negara.

Rafizi menyifatkan rata-rata ahli dan penyokong Bersama berlapang dada dan bersyukur dengan keputusan di PRN Melaka kerana sedang menapak dengan lebih yakin dan lebih laju, berbanding parti dinosaur yang akan kehilangan rentak satu hari nanti,” kata Rafizi.

Mengulas lanjut, Mazween berkata, pihaknya akan menggerakkan satu usaha untuk mendesak Rafizi agar membubarkan parti Kancil yang bukan sahaja kalah dalam semua PRN yang disertainya malah 15 daripada 16 calon turut hilang deposit.

“Jadi, kami sebagai NGO merasa bertanggungjawab untuk menasihatkan dan menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh dengan politik balas dendam dan penuh kebencian ini kerana ia tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada sesiapa jua,” jelasnya. – UTUSAN

The post Rafizi masih tidak bertaubat, anggap diri serba betul selepas kalah teruk 2 PRN – NGO appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news