LATEST
World News

‘Perang’ Eisenkot-Netanyahu makin tegang

‘Perang’ Eisenkot-Netanyahu makin tegang

TEL AVIV – Bakal calon Perdana Menteri Israel, Gadi Eisenkot pada Ahad mendesak Benjamin Netanyahu segera melepaskan jawatannya susulan laporan berhubung dakwaan campur tangan seorang pembantunya dalam proses pilihan raya pada bulan lalu.”Netanyahu tidak lagi layak untuk terus menerajui kerajaan walau sesaat pun. Pemimpin itu bersama lingkaran terdekatnya merupakan ancaman yang nyata terhadap demokrasi Israel,” kata Eisenkot beberapa jam selepas wakil kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan bagi membincangkan kemungkinan pembentukan kerajaan perpaduan.Kritikan keras itu dibuat selepas Channel 12 Israel mendedahkan pada malam sebelum pilihan raya berlangsung, ketua kakitangan Netanyahu, Ido Norden telah menghubungi pejabat Pesuruhjaya Polis bagi membuat aduan mengenai beberapa anggota parti Ra’am yang mewakili masyarakat Arab-Israel hingga membawa kepada penahanan tiga individu.Netanyahu kemudiannya melancarkan serangan politik terhadap parti-parti Arab-Israel dengan menuduh mereka terlibat dalam penipuan pilihan raya selepas parti tersebut memenangi 19 kerusi yang mencatat rekod tertinggi.Ketiga-tiga individu tersebut bagaimanapun dibebaskan setelah pihak berkuasa mendapati maklumat yang disalurkan oleh sumber berkenaan tidak berasas.”Siasatan segera wajar dilancarkan ke atas insiden itu,” menurut Parti Yashar yang diterajui Eisenkot dalam satu kenyataan.Sebagai respons, pejabat Netanyahu menafikan laporan yang disiarkan oleh Channel 12 dengan menyifatkannya sebagai ‘tuduhan palsu’ selain turut mempertahankan tindakan Norden yang kononnya hanya ‘menjalankan tanggungjawabnya’ dan menuduh Eisenkot melakukan hasutan yang keterlaluan.”Eisenkot dan sekutunya berterusan mengeluarkan kenyataan yang sarat dengan kecaman dan serangan berunsur provokasi,” menurut kenyataan Parti Likud.Pihak pembangkang turut menuduh Netanyahu cuba menjejaskan legitimasi parti-parti Arab dan keputusan pilihan raya sebagai sebahagian rancangan jahatnya untuk terus mengekalkan kuasa politiknya.Dua parti utama masyarakat Arab, iaitu Senarai Bersama dan Ra’am telah menyatakan sokongan terhadap Eisenkot yang telah diberikan mandat untuk membentuk kerajaan oleh Presiden Isaac Herzog.Pada Sabtu lalu, Netanyahu mendesak Eisenkot supaya menyertainya dalam pembentukan kerajaan perpaduan. Namun, bekas ketua angkatan tentera tersebut menolak pelawaan itu dengan menuduh Netanyahu sengaja menggunakan taktik politik yang licik dan mencetuskan ketegangan dalam kalangan komuniti Yahudi. – AFP

More in World News

View all

Latest news