‘Rider’ selamba bergurau dengan Vincent Tan, siap dapat pinjam RM100

‘Rider’ selamba bergurau dengan Vincent Tan, siap dapat pinjam RM100

Seorang penghantar makanan atau p-hailing sangat bertuah selepas dia bertemu dengan ahli perniagaan tersohor, Tan Sri Vincent Tan di Bukit Bintang, Kuala lUMPUR baru-baru ini.

Menerusi satu muat naik di TikTok, @emy_chachacha menceritakan pengalamannya apabila bertemu dengan seorang ‘pak cik’ yang biasa dilihat.

@emychachacha

korang kenal tak uncle ni ?? ☺️ terima kasih uncle semoga dimurahkan rezeki 😁 bolehkan macam ni ?? 😌 thaistreetmart vaultvape vapeboxx vapeboxx12k

♬ original sound – emy_chachacha – emy_chachacha

Namun, penghantar makanan lebih dikenali sebagai Emy tidak ingat di mana dia pernah melihat ‘pak cik’ tersebut sebelum mengambil keputusan untuk bergurau dengannya.

“Korang nak tahu tak, tadi aku datang balik kedai semalam yang aku tak bayar minuman dia.

“Sebelum sampai ke kedai tu, aku terkejut jumpa seorang ‘uncle’ ni. ‘Uncle’ tu aku pernah nampak sebelum ni tapi aku tak ingat.
“Lepas tu aku saja cakap nak pinjam seratus, dia bagi aku RM100. Rezeki aku,” katanya.

Rupa-rupanya, pak cik yang dimaksudkan oleh penghantar makanan itu adalah Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan.

Emy mengucapkan terima kasih kepada ahli perniagaan itu dan mendoakannya sentiasa murah rezeki sebelum masuk ke dalam kedai minuman tersebut.

Dalam video berdurasi seminit 10 saat itu juga memaparkan Emy dengan selamba kelihatan melakukan tarian spontan di depan orang awam.

Namun begitu, jutawan itu hanya berdiri sambil tersenyum dan tertawa dengan gelagat penghantar makanan itu dan tidak menghalangnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan muat naik tersebut selain turut meninggalkan komen mencuit hati.

Macam tu je pegang perut bos aku

Vincent Tan dia buat main…

Berani kau menari depan Tan Sri…

Macam tu dia gula-gulakan uncle jutawan

Bertuah abang tu dapat bertemu dengan figura tersohor! Siap diberi RM100 lagi. Tapi konten Emy sememangnya sering mencuit hati pengguna TikTok.

Sumber: TikTok @emy_chachacha