LATEST
World News

Rusia uji kesiapsiagaan udara tiga negara Asia Timur?

Rusia uji kesiapsiagaan udara tiga negara Asia Timur?

SEOUL – Pergerakan beberapa pesawat tentera Rusia di ruang udara sekitar Asia Timur mencetuskan kebimbangan keselamatan apabila Korea Selatan, Jepun dan Taiwan melaporkan kehadiran jet negara itu berhampiran wilayah masing-masing pada Selasa.Di Seoul, Ketua Turus Bersama (JCS) memaklumkan beberapa pesawat tentera Rusia memasuki Zon Pengenalan Pertahanan Udara Korea (Kadiz) di kawasan Laut Timur sebelum meninggalkan zon berkenaan.Tentera Korea Selatan yang mengesan pergerakan tersebut segera mengerahkan jet pejuang bagi memantau situasi dan mengambil langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, Seoul mengesahkan pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara kedaulatan negara itu.Sementara itu, Kementerian Pertahanan Taiwan melaporkan dua pesawat tentera Rusia dikesan memasuki zon pengenalan pertahanan udaranya sebelum bergerak ke bahagian timur pulau itu dan meninggalkan zon berkenaan di selatan daerah Taitung dengan pergerakan tersebut dipantau menerusi keupayaan risikan, pengawasan serta peninjauan bersama.Di Jepun pula, dua pesawat yang dipercayai milik Moscow dilaporkan menceroboh ruang udara negara itu berhampiran Pulau Okinoshima, wilayah Fukuoka.Insiden itu mendorong Tokyo mengerahkan jet pejuang untuk memintas dan memberi amaran kepada pesawat terbabit dan mengemukakan bantahan keras kepada Kremlin kerana menyifatkan ia sebagai pelanggaran serius terhadap kedaulatan negara dan mengancam keselamatan.Kejadian tersebut menambah satu lagi dimensi kepada landskap keselamatan Asia Timur yang kini berdepan persaingan pengaruh dan ketegangan geopolitik. – AFP

More in World News

View all

Latest news