LATEST

‘Russell sesuai pegang watak James Bond’ – Norris

‘Russell sesuai pegang watak James Bond’ – Norris

Las Vegas: Lando Norris memilih George Russell sebagai pemandu Formula Satu (F1) paling sesuai membawa watak James Bond, berdasarkan kecenderungan pelumba Mercedes itu yang gemar mengenakan sut serta penampilannya yang dilihat cukup bersedia untuk meninggalkan dunia perlumbaan demi memegang watak seorang wira.

Baca juga: Kerjasama ASEAN, antarabangsa buka ruang Malaysia muncul hab mineral kritikal

Ketika ditanya pelumba manakah yang paling sesuai memainkan watak perisik fiksyen terkenal Britain itu, Norris daripada pasukan McLaren pantas memberikan jawapannya.

“George. Maksud saya, dia biasanya memakai sut dan sebagainya. Saya rasa George sanggup meninggalkan Formula Satu untuk menjadi James Bond.

“Saya fikir dia paling sesuai membawa watak itu, malah dia juga mungkin mahu melakukannya. Jadi, pilihan saya ialah George,” katanya kepada pemberita menjelang Grand Prix Las Vegas.

Pada Isnin lalu, rakan senegara Russell iaitu pelakon, Robert Pattinson, diumumkan sebagai individu seterusnya yang bakal membawa watak James Bond, sekali gus memegang salah satu watak paling diidamkan dalam dunia perfileman.

Russell yang sesekali digambarkan sebagai antara individu paling bergaya dan kemas penampilannya dalam kelompok pelumba F1, mengakui terkejut apabila menerima pujian daripada pesaingnya itu.

“Saya terkejut mendengar Lando mengatakan sesuatu yang baik mengenai saya. Itu satu perkara yang menarik,” katanya sambil ketawa.

Russell yang menggunakan nombor perlumbaan 63 berkata, francais filem James Bond sememangnya menjadi kegemarannya sejak sekian lama.

“James Bond sentiasa menjadi filem kegemaran saya. Saya suka watak itu.

“Namun, seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya akan terus menggunakan identiti 0063 untuk beberapa tahun lagi sebelum melihat ke mana hala tuju kerjaya saya. Mungkin selepas bersara nanti,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news