Sekadar beri laluan ke IPTA! KPT tak iktiraf sukatan pelajaran UEC -Azlinda

Sekadar beri laluan ke IPTA! KPT tak iktiraf sukatan pelajaran UEC -Azlinda

Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan pihaknya tidak mengiktiraf sukatan pelajaran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), sebaliknya hanya memberi laluan kepada lepasan sijil tersebut untuk mengikuti kursus tertentu di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Pihak universiti nilai syarat serta kriteria pelajar UEC

Menerusi sidang media kas Ketua Pengarah KPT, Datuk Prof Azlinda Azman menyataakn, pihak universiti juga akan menilai syarat serta kriteria pelajar berkelulusan UEC yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA.

“Sekali lagi saya tekankan, ini bukan soal pengiktirafan sllyabus (sukatan pelajaran) UEC, yang penting kita memberi laluan tersebut,” katanya.

Tiada siapa boleh campur tangan

Menurut beliau, Senat Universiti tidak akan berkompromi dalam menentukan kualiti dan standard permohonan yang bakal dibuka pada 30 Jun depan untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Jelasnya, semua permohonan kemasukan ke IPTA akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik serta tertakluk kepada penilaian dan keputusan Senat Universiti.

“Tiada siapa yang boleh campur tangan, jadi mereka (Senat Universiti) ada kriterianya,” katanya.

Dalam pada itu, Azlinda memaklumkan hanya tiga universiti dibuka untuk permohonan lepasan UEC melibatkan empat program tertentu.

Antara universiti terlibat ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Manakala program yang ditawarkan ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Bahasa dan Linguistik Cina, Sastera Pengajian Cina serta Bahasa Cina dengan Pendidikan.

Tambahnya, KPT juga masih belum berhasrat memperluaskan kemasukan itu ke program lain dan hanya menumpukan kepada empat program berkenaan sahaja.

Semalam, KPT mengumumkan selain lepasan SMPC, calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz turut berpeluang mengikuti beberapa program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.

Keputusan itu dibuat berdasarkan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.

Azlinda turut mengesahkan keputusan Kabinet adalah keputusan dasar yang tidak perlu dibawa ke Parlimen.

Scroll to Top