PUTRAJAYA – Sinar Harian merangkul Anugerah Media Lebuh Raya Terbaik pada Anugerah Industri Lebuh Raya 2026 (AIL 2026) pada Khamis.Kemenangan itu diperoleh menerusi laporan khas bertajuk ‘Konflik Tanah 150 Meter Rencatkan Kemajuan WCE’ yang dihasilkan oleh wartawan Nurul Huda Husain, Norafidah Assan dan Mohd Izzatul Izuan Tahir.Hadiah berkenaan disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.Sebanyak 20 anugerah disampaikan kepada pelbagai kelompok dalam ekosistem lebuh raya, termasuk pengamal media.Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Mohd Hadzmir Yusoff.Laporan bertarikh 8 Oktober 2025 itu mengetengahkan isu kelewatan pembinaan projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) susulan konflik pengambilan tanah yang membabitkan 19 pemilik tanah di Kampung Jawa, Klang.Keengganan pemilik tanah terbabit mengosongkan kediaman di jajaran sepanjang 150 meter dikenal pasti sebagai punca utama projek berkenaan tergendala walaupun pembinaannya ketika itu sudah melebihi 90 peratus.WCE merupakan projek infrastruktur utama negara sepanjang 233 kilometer (km) yang menghubungkan Banting, Selangor dengan Taiping, Perak.Lebuhraya itu turut berfungsi sebagai laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.Konflik berkenaan bukan sahaja menyebabkan kerja pembinaan di Seksyen 3 tergendala selama lebih 20 bulan, malah menjejaskan kemajuan keseluruhan projek yang diumumkan pada 2012 dengan anggaran kos RM7.07 bilion.
Sinar Harian menang Anugerah Media Lebuh Raya Terbaik
Malay News | https://www.malay.news/sinar-harian-menang-anugerah-media-lebuh-raya-terbaik/