LATEST

RUU akta baharu MARA 2026 dijangka dibentang di Dewan Rakyat sebelum akhir tahun

RUU akta baharu MARA 2026 dijangka dibentang di Dewan Rakyat sebelum akhir tahun

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Baca juga: Alexander garis tiga keutamaan tingkat mutu perkhidmatan lebuh raya

Kuala Lumpur: Rang Undang-Undang (RUU) untuk menggubal akta baharu Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2026 dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata proses penyediaan akta berkenaan kini di peringkat akhir, dan berharap versi terakhir dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Ahmad Zahid berkata, versi akhir itu akan digunakan bagi menyediakan draf RUU atau Blue Bill sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan.

“Insya-Allah, segala-galanya sudah di peringkat terakhir dan kita harap dalam waktu terdekat, dan sebelum tamatnya sidang Dewan Rakyat pada tahun ini, kita akan dapat versi terakhir untuk penyediaan The Blue Bill ataupun bil biru untuk dibentangkan di Dewan Rakyat bagi mendapat kelulusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2026 di sini, hari ini.

Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan MARA mempercepatkan pindaan Akta baharu itu bagi memperkukuh tadbir urus serta peranan agensi berkenaan dalam pembangunan Bumiputera.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news