Skuad B-16 AMD juara sulung Liga Remaja Kebangsaan

Skuad B-16 AMD juara sulung Liga Remaja Kebangsaan

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Skuad bawah 16 tahun (B-16) Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mengesahkan kejuaraan sulung saingan Liga Remaja Kebangsaan.

AMD melengkapkan kempen liga musim ini tanpa sebarang kekalahan selepas merekodkan 17 kemenangan dan satu hasil seri.

Mereka terikat seri dengan naib juara, Terengganu FA, pada aksi terakhir liga di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang, pada Ahad.

Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan menyempurnakan majlis penyampaian trofi kejuaraan dan pingat pemenang kepada skuad AMD.

Ghani berkata, penganjuran liga berkenaan mampu mempercepatkan proses pembangunan pemain muda sekali gus menyiapkan mereka untuk bersaing di peringkat elit.

“Kejohanan seperti Liga Remaja Kebangsaan ini bukan sahaja mengasah teknik individu, kesedaran taktikal, dan kecergasan perlawanan, malah yang paling penting memupuk disiplin, semangat berpasukan, serta ketahanan mental,” kata Ghani.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top