Tempoh sah 10 tahun? KP Imigresen jelaskan pemegang pasport perlu beli tiket di kaunter

Tempoh sah 10 tahun? KP Imigresen jelaskan pemegang pasport perlu beli tiket di kaunter

Tempoh sah laku pasport yang panjang sebenarnya tidak menjadi halangan untuk seseorang melakukan penerbangan ke mana-mana destinasi antarabangsa.

Perundangan peringkat antarabangsa mahupun domestik tiada halangan

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban menyatakan perundangan sedia ada di peringkat antarabangsa mahupun domestik tidak menghalang mana-mana negara mengeluarkan pasport dengan tempoh sah selama atau lebih 10 tahun.

Menurut beliau, tempoh sah laku pasport yang panjang juga tidak menjejaskan pengguna dari aspek penguatkuasaan dan kawalan sempadan.

“Bagaimanapun, isu mungkin timbul dengan sebahagian syarikat penerbangan bagi urusan tempahan tiket sahaja dan kita memang terima beberapa aduan mengenai perkara ini.
“Dari segi kawalan sempadan, tiada isu (jika pasport dikeluarkan dengan tempoh sah laku selama atau lebih 10 tahun).
“Justeru, Malaysia memuktamadkan keputusan untuk mengehadkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun maksimum, selain sudah membuat pemakluman kepada syarikat penerbangan antarabangsa,” katanya.

Tempoh sah 10 tahun? KP Imigresen jelaskan pemegang pasport perlu beli tiket di kaunter

Jawab dakwaan yang tular di media sosial

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan mengenai tempoh sah laku pasport Malaysia selama 10 tahun yang didakwa melebihi had dibenarkan sistem dikenali ‘DHA’ dan tular di media sosial.

Sebelum ini, seorang pengguna dikenali Nurhamizah Zaid yang dipercayai ejen pelancongan mendakwa keadaan berkenaan menyebabkan beliau dan beberapa pelanggannya mengalami kesukaran untuk melakukan penerbangan ke destinasi antarabangsa.

Malah, beliau mendakwa terdapat pelanggan yang tidak dibenarkan menaiki pesawat selain berdepan masalah berkaitan bagasi.

Pemegang pasport perlu beli tiket di kaunter

Dalam pada itu, Zakaria menjelaskan warga Malaysia yang memiliki pasport dengan tempoh sah selama 10 tahun dan mahu melakukan penerbangan antarabangsa perlu membuat urusan pembelian tiket di kaunter.

Menurutnya, langkah itu membolehkan pihak syarikat penerbangan membuat pengesahan secara langsung berhubung tempoh sah pasport berkenaan.

“Kita tidak mengeluarkan dokumen sokongan bagi mengesahkan pasport dengan tempoh sah 10 tahun milik individu persendirian sebagai dokumen perjalanan sah.
“Mereka bagaimanapun hanya perlu membuat urusan pembelian tiket di kaunter, sekali gus membolehkan proses pengesahan dilakukan secara terus di situ,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Muhammad Yusri Muzamir)

Scroll to Top