UMNO setuju Saarani MB Perak yang baru

Kuala Lumpur: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dikatakan sebulat suara bersetuju mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Perkara itu disahkan ahli MKT Datuk Zahidi Zainul Abidin selepas mesyuarat MKT di Menara Dato’ Onn malam tadi.

Bagaimanapun, Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan meminta media menunggu sehingga esok mengenai pengumuman siapa bakal dinamakan UMNO sebagai Menteri Besar baru itu.

“Esok, esok,” ujarnya ringkas.

Nama Saarani disebut sebagai Menteri Besar susulan peletakan jawatan ADUN Chenderiang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, selepas gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Jumaat lalu.

 

ZA137 Malay News

National Desk