Wanita maut selepas aktiviti terjun tali, pekerja lupa pasang tali keselamatan

Wanita maut selepas aktiviti terjun tali, pekerja lupa pasang tali keselamatan
Wanita maut selepas aktiviti terjun tali, pekerja lupa pasang tali keselamatan

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan beberapa individu membawa mangsa ke lokasi terjunan.

SAO PAULO – Seorang wanita berusia 21 tahun maut di Brazil pada Sabtu selepas dilepaskan dari platform setinggi kira-kira 40 meter semasa aktiviti terjun tali tanpa dipasang tali keselamatan, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Insiden itu berlaku di Jambatan Ponte do Esqueleto di Limeira, sebuah bandar di tenggara negeri Sao Paulo.

Menurut pihak berkuasa, pengendali aktiviti gagal memasang peralatan keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan mangsa terhempas ke tanah.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan beberapa individu membawa mangsa ke lokasi terjunan. Beberapa saat selepas mangsa dilepaskan, jeritan cemas kedengaran apabila orang ramai menyedari tali keselamatan tidak dipasang.

Pihak berkuasa berkata, dua suspek cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian, namun berjaya dikesan menerusi operasi pencarian.

Secara keseluruhan, enam individu ditahan untuk disoal siasat polis.

Pasukan bomba dan perubatan kecemasan dikerahkan ke lokasi, namun wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – Bernama

Scroll to Top