hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu termasuk seorang bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah berhubung isu penjualan tanah milik sebuah badan berkanun.
Siasatan mendapati suspek dipercayai terbabit dalam salah guna kuasa bagi pelantikan sebuah syarikat pemaju untuk projek pembangunan di Kuala Lumpur.
Perintah reman selama lima hari sehingga 11 September ter hadap bekas pengarah besar berusia 60-an itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Dalam pada itu, Majistret Ezrene turut membenarkan perintah reman selama tiga hari sehingga 9 September 2026 terhadap seorang lagi suspek berusia 50-an.
Proses permohonan reman bagi suspek kedua itu dijalankan di Hospital Putrajaya berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan semalam ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
© New Straits Times Press (M) Bhd


