Amyza Aznan Masih Mesej Nombor Arwah Andre Setiap Hari | Oh! Artis – Oh! Media

Amyza Aznan Masih Mesej Nombor Arwah Andre Setiap Hari | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Amyza Aznan masih menghantar mesej kepada nombor arwah anaknya, Andre, sebagai cara meluahkan rasa rindu.

Kehilangan anak bukan sesuatu yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak kenangan masih tersimpan. Bagi pelakon Amyza Aznan, satu cara kecil menjadi ruang untuknya terus meluahkan rasa rindu.

Walaupun sudah enam bulan Andre Mikhail pergi menghadap Ilahi, Amyza masih menghantar mesej ke nombor telefon anak sulungnya itu setiap hari.

Dia sedar mesej berkenaan tidak akan berbalas, namun itulah terapi yang membuatkan hatinya sedikit lega.

Amyza Aznan terus kirim salam setiap hari

Kredit Foto Amyza Aznan

Menurut Amyza, nombor telefon Andre masih aktif sehingga kini. Dia akan terus menghantar mesej selagi berpeluang meskipun mengetahui suatu hari nanti nombor tersebut mungkin tidak lagi boleh digunakan.

Saya okey saja, janji saya mesej dia. Itu cara saya luahkan rindu. Setiap hari saya akan hantar ‘Assalamualaikum Andre’.- Katanya.

Amyza juga memahami bahawa tanda mesej sudah diterima tidak bermakna akan ada seseorang membalasnya. Namun, sekadar dapat menghantar salam kepada arwah sudah cukup menjadi penawar buat dirinya.

Kalau ada yang kata itu pelik, dia akan tetap buat

Kredit Foto Amyza Aznan

Pelakon berusia 50 tahun itu tidak mengambil hati sekiranya ada pihak menganggap tindakannya pelik atau sukar difahami. Baginya, orang lain bebas memberikan pandangan, tetapi hanya dia mengetahui cara terbaik untuk menghadapi kerinduan tersebut.

Amyza sebelum ini turut berkongsi rakaman dirinya menghantar mesej ke nombor Andre di media sosial. Video berkenaan kemudian tular dan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Andre meninggal dunia pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser paru-paru. Pada bulan sama, Amyza turut mendedahkan anak keduanya, Adrian Adam, disahkan menghidap kanser tulang kira-kira setahun selepas Andre bertarung melawan kanser paru-paru.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top