LATEST
National

DOSM jalankan survei pendapatan, perbelanjaan isi rumah mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2027

DOSM jalankan survei pendapatan, perbelanjaan isi rumah mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2027

IPOH: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2027 bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun depan.

Baca juga: Victor pacu Penang tumbangkan KL City

Dalam kenyataan hari ini, DOSM memaklumkan survei berkenaan bertujuan mengumpul data mengenai pendapatan, perbelanjaan serta kemudahan asas isi rumah bagi menghasilkan statistik rasmi berkaitan corak perbelanjaan, kadar kemiskinan, kos sara hidup dan ketidaksamarataan pendapatan.

“Statistik yang dihasilkan menjadi asas kepada perancangan dan penggubalan dasar oleh pihak berkepentingan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, DOSM memaklumkan jabatan itu menyediakan katalog data dan visualisasi bagi memudahkan pengguna menganalisis pelbagai data melalui OpenDOSM NextGen yang boleh diakses melalui portal https://open.dosm.gov.my.

Dalam perkembangan lain, jabatan itu memaklumkan enam projek pembangunan komuniti bernilai RM500,000 berjaya dilaksanakan di Kampung Menderang, Sungkai menerusi Program Kampung Angkat MADANI 2026.

Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama strategik antara pihak kerajaan dan komuniti setempat bagi memperkasakan pembangunan luar bandar secara inklusif serta mampan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Kesemua projek yang disiapkan merangkumi pembinaan kemudahan dan infrastruktur asas kampung, pemasangan papan tanda serta pemasangan lampu solar di sekitar kawasan berkenaan.

“Inisiatif pembangunan turut merangkumi kerja-kerja menaik taraf kemudahan masjid, surau dan gelanggang sukan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, program berkenaan dirasmikan Ketua Perangkawan Malaysia, Siti Asiah Ahmad di Kampung Menderang, pagi tadi.

Projek berkenaan akan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan, menyediakan kemudahan ibadat yang lebih selesa, di samping merancakkan potensi pelancongan desa dan aktiviti riadah bersifat komuniti.

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news