LATEST

Lori nyaris rempuh kenderaan berhenti di lampu isyarat sebelum terbalik

Lori nyaris rempuh kenderaan berhenti di lampu isyarat sebelum terbalik

am@hmetro.com.my

Baca juga: Dari peminat ke pembuka tirai! Insomniacks hangatkan konsert 5SOS depan 11,000 penonton

Kuala Lumpur: Sebuah lori nyaris merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Selangor-Lebuhraya Guthrie, Sungai Buloh, sebelum melanggar lori lain hingga terbalik dalam kejadian yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata kejadian kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu itu berlaku ketika sebuah lori dalam perjalanan pulang ke tempat simpanan kenderaan di Batu Arang.

“Lori berkenaan melanggar sebuah lori lain ketika lampu isyarat merah. Seorang mangsa mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, mangsa yang cedera ialah pemandu lori jenis tipper yang detik pelanggarannya sehingga terbalik dirakam dalam video tular berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd Hafiz berkata polis menerima laporan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 6.55 petang pada hari sama.

“Kedua-dua pemandu lori hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk membuat laporan kemalangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Rakaman video berdurasi kira-kira 41 saat yang tular di media sosial memaparkan lori berkenaan melanggar lori lain sebelum terbalik di persimpangan itu.

Mohd Hafiz turut meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Nizam Othman di talian 017-6254779 atau Bilik Gerakan IPD Sungai Buloh di talian 03-61561222.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news