LATEST

Adam Adli tak setuju pandangan Poay Tiong, gesa mohon maaf

Adam Adli tak setuju pandangan Poay Tiong, gesa mohon maaf

MELAKA – Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong digesa menarik balik kenyataan yang mempersoalkan pelaksanaan arahan penutupan sementara premis perniagaan ketika solat Jumaat di Terengganu.Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, meskipun berada dalam gabungan politik yang sama, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi DAP Melaka itu.Menurutnya, Poay Tiong seharusnya menghormati kedaulatan undang-undang negeri serta menjaga sensitiviti agama sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.Katanya, pelaksanaan arahan itu merupakan urusan pentadbiran negeri yang mempunyai asas perundangan melalui enakmen negeri, selaras dengan pengiktirafan bidang kuasa negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.”Kalau pun kita ada pendapat yang berbeza dalam menafsirkan asas kepada tertubuhnya satu undang-undang, ia tetap datang daripada prinsip persetujuan majoriti.”Dalam konteks negeri Terengganu, ia adalah mandat yang diberikan rakyat negeri itu kepada legislatif dan eksekutif mereka untuk menggubalnya. Maka kita wajib hormati mandat tersebut seperti mana kita mahu orang hormati mandat yang diberikan kepada kita,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Terdahulu, Poay Tiong menerusi hantaran di Facebook membangkitkan kebimbangan mengenai pelaksanaan arahan penutupan sementara operasi premis perniagaan selama dua jam dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat yang didakwa boleh menjejaskan kebebasan berniaga dan gaya hidup masyarakat bukan Islam.Beliau menganggap arahan berkenaan mencerminkan pengaruh dasar keagamaan konservatif Parti Islam terhadap pentadbiran awam.Bagaimanapun, Poay Tiong berkata, pihaknya menghormati kewajipan umat Islam menunaikan solat Jumaat, namun berpendapat dasar lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengambil kira kepentingan semua pihak.Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, kewajipan menunaikan solat Jumaat bagi lelaki Muslim mempunyai sandaran nas yang jelas, termasuk tuntutan meninggalkan urusan jual beli apabila tiba waktu solat berkenaan.Justeru katanya, perkara itu bukan sekadar amalan budaya atau adat, sebaliknya tuntutan agama yang berkait secara langsung dengan pelaksanaan ibadah.”Dalam masyarakat majoriti Muslim, pelaksanaan dasar yang bertujuan memelihara kewajipan ini juga merupakan amalan yang diterima baik dan wajar difahami dalam konteks kehidupan beragama masyarakat setempat.”Kita boleh berbeza pandangan tentang sesuatu dasar, tetapi perbahasan mengenainya mestilah berasaskan kefahaman terhadap undang-undang, tuntutan agama dan sensitiviti masyarakat,” katanya.Sehubungan itu, beliau meminta Poay Tiong menarik semula kenyataan berkenaan dan memohon maaf, sambil menegaskan bahawa sikap saling menghormati mesti menjadi asas kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.  

Latest news