LATEST
National

Sepanyol jumpa Perancis, England layan Norway

Sepanyol jumpa Perancis, England layan Norway

PARIS: Juara dunia, Sepanyol bakal berdepan Perancis, manakala England akan menentang Norway pada suku akhir Liga Negara-Negara UEFA selepas undian berlangsung, hari ini.

Baca juga: Banjir Kilat Di Shah Alam, Puncak Alam Dikaitkan Bukit Ditarah

Sepanyol menewaskan Perancis 2-0 pada aksi separuh akhir Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS), Julai lalu, sebelum muncul juara kejohanan itu.

Mereka turut menewaskan Les Bleus 5-4 pada separuh akhir edisi terakhir Liga Negara-Negara, tahun lalu.

Perlawanan suku akhir akan berlangsung secara timbal balik pada Mac depan, dengan Sepanyol menjadi tuan rumah pada aksi pertama selepas menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan A3, manakala Perancis muncul juara Kumpulan A1.

Sepanyol pernah menjuarai Liga Negara-Negara pada 2023, manakala Perancis menewaskan mereka pada final edisi 2021.

England muncul juara Kumpulan A3 menerusi kelebihan perbezaan jaringan selepas menewaskan Sepanyol di tempat lawan dalam perlawanan terakhir mereka.

Skuad Three Lions bakal berdepan Norway dalam aksi suku akhir dengan perlawanan pertama berlangsung di laman lawan.

England menyingkirkan Norway pada suku akhir Piala Dunia tahun ini sebelum tewas kepada Argentina di separuh akhir.

Sementara itu, juara bertahan Liga Negara-Negara, Portugal diundi berdepan Belanda, manakala Belgium akan menentang Jerman.

Sepanyol atau Perancis akan bertemu Belanda atau Portugal pada separuh akhir, manakala England bakal berdepan Belgium atau Jerman sekiranya berjaya melepasi halangan Norway.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news