Oh! Negara
Agong nasihat ahli politik jaga tutur kata dan elak isu sensitif termasuk raja, bangsa dan agama.
Bahang pilihan raya nampaknya dah mula terasa dan macam biasa, ahli politik pun dah mula susun langkah untuk tarik perhatian rakyat. Tapi kali ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tampil beri peringatan supaya semua pihak jaga adab dan jangan keterlaluan ketika berpolitik.
Menurut baginda, isu sensitif melibatkan raja, bangsa dan agama tak sepatutnya dijadikan bahan provokasi hanya kerana nak raih sokongan.
Ohmedia rasa benda ni memang ramai kena hadam sebelum keadaan jadi makin tegang dekat media sosial.
Isu sensitif boleh cetus kemarahan rakyat

Titah Sultan Ibrahim, ahli politik perlu lebih berhati-hati ketika bercakap terutama bila melibatkan perkara sensitif yang boleh mengganggu keharmonian rakyat.
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Elakkan provokasi dan pertikaian tentang isu sensitif yang berkaitan dengan raja, bangsa dan agama, kerana ianya boleh menimbulkan kemarahan rakyat.- Titah Baginda.
Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Agong turut sentuh bahaya deepfake AI

Dalam masa sama, Sultan Ibrahim turut menegur penyebaran berita palsu yang semakin membimbangkan sekarang. Baginda berkata, teknologi AI kini disalahgunakan untuk menghasilkan kandungan palsu termasuk suara dan imej tiruan atau deepfake.
Malah, gambar baginda sendiri juga pernah digunakan dalam video palsu bagi mengelirukan orang ramai. Memang seram bila fikir sekarang teknologi boleh buat orang percaya benda yang tak betul.

Baginda turut mengingatkan bahawa kebebasan bersuara di media sosial bukan alasan untuk menabur fitnah dan kebencian sesama rakyat. Disebabkan itu, baginda menyeru pihak berkuasa untuk terus memperketat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.
Pssttt! Kalau korang nampak sesuatu berita dekat media sosial, jangan terus percaya bulat-bulat. Semak dulu kesahihan sebab sekarang zaman AI ni, suara dan muka pun dah boleh dipalsukan dengan mudah.
Kredit: Buletintv3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




