Johor Bahru: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan dipersembahkan perkembangan serta pengurusan hal ehwal agama negeri daripada Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad.
Taklimat itu dipersembahkan menerusi sesi menghadap ke atas Seri Paduka Baginda yang juga Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi di sini.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hadir sama dalam sesi itu ialah Timbalan Mufti Johor Datuk Ahmad Faisal Mohamed.
© New Straits Times Press (M) Bhd




