LATEST

Ahli Parlimen Petaling Jaya umum letak jawatan tanpa syarat

Ahli Parlimen Petaling Jaya umum letak jawatan tanpa syarat

zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, hari ini, mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen, tanpa syarat.

Baca juga: Wak Doyok tegur aib rumah tangga jangan kongsi media sosial – “Tanda kamu belum matang”

Chean Chung yang memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), mengumumkan keputusan itu pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Pada 12 Jun lalu, Chean Chung, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkuat kuasa serta-merta selepas 18 tahun bersama parti itu dan lapan tahun memegang jawatan di peringkat pusat.

Bagaimanapun, ketika itu, beliau memaklumkan akan kekal sebagai ahli PKR dan terus menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen hingga Parlimen dibubarkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news