Ain Edruce Terkejut Tiket F1 Bahrain Dibeli RM8,000, Rupanya Harga Sebenar Jauh Lebih Murah! | Oh! Media

Ain Edruce Terkejut Tiket F1 Bahrain Dibeli RM8,000, Rupanya Harga Sebenar Jauh Lebih Murah! | Oh! Media

Oh! Artis

Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan harga sebenar jauh lebih murah.

Intipati Berita

  • Ain Edruce berkongsi pengalaman membeli dua tiket F1 Grand Prix Bahrain pada harga RM8,000 sebagai kejutan buat suaminya, Amirul.
  • Dia kemudian mendapati harga tiket berkenaan jauh lebih murah, sekitar RM2,000 seorang untuk tempoh tiga hari.
  • Ain mengakui dirinya seperti terkena scam kerana membeli tiket menerusi sebuah laman web tanpa menyemak harga sebenar terlebih dahulu.
  • Suaminya, Amirul, turut terkejut apabila mengetahui jumlah yang dibayar isterinya terlalu tinggi.

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce berdepan pengalaman tidak disangka apabila menyedari dua tiket perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain yang dibelinya pada harga RM8,000 sebenarnya boleh didapati dengan harga jauh lebih murah.

Menurut laporan mStar, Ain berkata pada awalnya dia gembira kerana berjaya mendapatkan tiket berkenaan sebagai kejutan buat suaminya, Amirul.

Namun, kegembiraan itu bertukar menjadi rasa terkilan apabila mengetahui harga yang dibayarnya jauh lebih tinggi berbanding harga sebenar tiket tersebut.

Menurut Ain, dia pada mulanya menyangka harga RM8,000 untuk dua tiket itu masih berbaloi kerana membayangkan tempat duduk yang ditawarkan mempunyai kelebihan tersendiri.

Saya tengok harga RM8,000 tu rasanya tidaklah mahal sangat tetapi tidak juga murah.

Saya bayangkan seat itu mesti best, jadi saya belilah. Disebabkan tak suka sukan F1 itu, Threads saya tak banyak keluar tentang sukan tersebut.

Sekali saya tengok rupanya tiket itu harga RM2,000 untuk tiga hari. Saya beli sehari RM8,000. Dah terbeli nak buat macam mana kan.

Ain Edruce akui jadi mangsa?

ohmedia ain edruce

Ain mengakui dirinya menjadi mangsa penipuan selepas membeli tiket menerusi sebuah laman web tanpa membuat semakan terlebih dahulu mengenai harga sebenar.

Saya kena scam tapi saya dapat tiket itu, cuma harganya melampau.

Orang beli tiket tu RM2,000 untuk seorang, konon-konon nak buat kejutan untuk suami, kita pula tak tahu fasal sukan permotoran ni.

Waktu itu saya sedang berurut, nak tenang-tenang malas fikir. Jadi saya buka saja satu laman web ini dan terus beli.

Suami Ain Edruce terkejut lepas bila tahu harga tiket?

ain edruce suami

Ain turut berkongsi bahawa suaminya, Amirul, terkejut apabila mengetahui harga tiket yang dibeli isterinya mencecah RM8,000.

Malah, ketika berada di lokasi perlumbaan, Ain mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat orang ramai beratur panjang untuk menaiki bas ulang-alik dan mengetahui tiket yang dijual semula ditawarkan pada harga lebih rendah.

Mula-mula memang gembiralah bila dapat beli tiket, tapi dia (suami) kasihan jugalah sebab ramai saja orang yang jual semula dengan harga lebih murah.

Bila tengok orang beratur panjang nak naik shuttle bus terfikir juga nak jual tiket tu, tapi siapa nak beli harga RM8,000. Akhirnya saya dan suami pergi juga dan orang tegur ini yang beli tiket RM8,000 tu kan? Kenapa duduk sini?

Jadi saya tahulah tiket dibeli itu melampau betul harganya. Reaksi Amirul bila dapat tiket itu bukan sebab saya buat kejutan sweet, tetapi harga tiket yang melampau itu.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Scroll to Top