“Akak Dah Level International Sekarang” – Wanita Didakwa Hina Penduduk China Tak Kisah Dikecam Netizen

“Akak Dah Level International Sekarang” – Wanita Didakwa Hina Penduduk China Tak Kisah Dikecam Netizen

Trending

Wanita tular minta netizen tidak menyerang keluarga susulan kontroversi video ketika melancong di China.


Isu kontroversi melibatkan seorang pegawai polis wanita ketika melancong ke China baru-baru ini mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

BACA: “Busuknya Korang” – Wanita Ini Dikecam Hina Bau Badan Penduduk Ketika Melancong, Siap Jerit Dan Rakam

Difahamkan, polis kini sedang membuka kertas siasatan tatatertib termasuk sebarang kemungkinan kesalahan di bawah undang-undang yang termaktub.

Minta keluarga tidak dijadikan sasaran

Terbaru, pegawai polis wanita itu tampil mengakui kesalahan berkelakuan tidak sopan di negara orang. Dia menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa termasuk peguamnya.

Dia meminta netizen supaya tidak mengheret ahli keluarga serta individu di sekelilingnya dalam kontroversi tersebut, sebaliknya menyasarkan segala kritikan kepadanya sahaja.

Menurut wanita itu, dia tidak terlalu mengambil hati terhadap mesej atau komen negatif yang diterimanya selepas video berkenaan tersebar luas.

Bagaimanapun, dia berpendapat kecaman tidak sepatutnya melibatkan keluarga atau kenalan seseorang yang sedang berdepan kontroversi.

Jelasnya, orang ramai bebas mempunyai pendapat masing-masing, namun kritikan masih boleh disampaikan tanpa mengeluarkan kata-kata keterlaluan.

Dalam pada itu, dia mendakwa kehidupannya masih berjalan seperti biasa meskipun menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Dia juga mempersoalkan tindakan sesetengah netizen yang tetap menuduhnya terasa hati tidak kira sama ada ruangan komen dibuka atau ditutup.

Pssttt! Kritikan terhadap sesuatu tindakan boleh disampaikan, tetapi jangan sampai keluarga atau individu yang tidak terlibat turut menjadi mangsa. Tegur kesalahan dengan fakta dan adab, bukannya menggunakan makian, penghinaan atau serangan peribadi yang melampau.

Kredit: TikTok Ekyn.wong
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top