KUALA LUMPUR – Lapan negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 7 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.40 petang, Ahad, memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah.Di Perlis, cuaca berkenaan dijangka melanda seluruh negeri, manakala di Kedah melibatkan Langkawi, Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Sik, Baling, Yan dan Kuala Muda.Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang dan Hulu Perak.Sementara itu, di Kelantan, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Pasir Puteh, Bachok, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Machang.Di Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu, manakala di Johor melibatkan Pontian dan Kulai.Di Sarawak, cuaca berkenaan dijangka melanda Bintulu (Bintulu dan Tatau), Sibu, Mukah (Daro dan Tanjung Manis), Kapit (Song), Kuching, Sarikei dan Betong (Kabong dan Saratok).Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Kota Kinabalu, Penampang dan Papar), Pedalaman (Membakut, Tambunan dan Beaufort), serta Tawau (Kalabakan dan Tawau).Amaran ribut petir itu berkuat kuasa sehingga jam 7 malam ini.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri
Malay News | https://www.malay.news/amaran-ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-di-lapan-negeri-2/