Anak 7 tahun ditinggalkan bapa bersendirian di Gunung Fuji

TOKYO – Seorang lelaki tergamak meninggalkan anak lelakinya berusia tujuh tahun selama beberapa jam di Gunung Fuji di Jepun sebelum meneruskan pendakian.

Budak itu ditemui bersendirian di laluan pendakian pada Khamis lalu sebelum dibawa ke balai polis.

Menurut laporan SBS TV, kanak-kanak itu memberitahu bapanya dia sudah keletihan ketika berada di stesen keenam gunung berkenaan yang terletak pada ketinggian lebih 2,000 meter.

“Tunggu di sini,” hanya itu pesan seorang bapa kepada anaknya sebelum meninggalkan kanak-kanak itu bersendirian selama lapan jam dengan hanya berbekalkan makanan ringan dan minuman tanpa wang tunai.

Pihak berkuasa bertindak menghubungi bapanya yang berada di stesen kelapan sebelum menyerahkan budak tersebut dan turut memberi teguran keras atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu. – AFP

Scroll to Top