Anwar ucap tahniah kepada Hakim Danish muncul juara GP Czech

Anwar ucap tahniah kepada Hakim Danish muncul juara GP Czech

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli atas kejayaan meraih podium utama di Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno pada Ahad.

“Tahniah Hakim Danish! Langkah masih panjang, terus cipta lebih banyak kejayaan,” kata beliau menerusi hantaran di platform X.

Kejayaan pelumba berusia 18 tahun yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu, menamatkan penantian 10 tahun Malaysia untuk menyaksikan kemenangan wakil negara dalam saingan Moto3.

Kali terakhir Malaysia memenangi saingan Moto3 menerusi Khairul Idham Pawi pada GP Argentina dan GP Jerman musim 2016.

Kejayaan itu merupakan penampilan kedua Hakim Danish di podium musim ini, selepas mencuri tumpuan apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello di tempat ketiga, bulan lepas. – Bernama

 

 

 

Scroll to Top