Aprena anggap kecaman terhadap Uqasha melampau, biadap

Aprena anggap kecaman terhadap Uqasha melampau, biadap

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Pelakon Aprena Manrose, 33, kesal dengan tindakan segelintir netizen yang meninggalkan komen terhadap sepupunya, Uqasha Senrose yang dianggap biadap dan terlalu kasar dengan kata-kata penuh kebencian.

Semalam, Uqasha sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 12.56 tengah hari, selepas empat tahun hidup bersama.

Menerusi perkongsian hantaran terbaharu Aprena yang dimuatnaik di akaun Threads miliknya, anak kepada penyanyi Iwan Syahman itu didapati memberi kata-kata semangat kepada Uqasha, 34, sebagai salah seorang saudara rapat.

Biar bising di luar sana, tenang tetap menjadi bahasa jiwa kita,” tulisnya yang menerima lebih 300 komen daripada warganet.

Barangkali mendapati banyak komen berbaur kecaman yang ditulis netizen pada hantaran dibuat itu, Aprena menerusi ‘posting’ terbaharu menyelar tindakan berkenaan dan sedih apabila melihat Uqasha dipersalahkan daripada perceraian yang berlaku.

“Posting (hantaran) saya ini adalah pada komen mengenai Uqasha yang sangat biadap. Terlalu kasar kata-kata seperti penuh kebencian. Saya baca, saya yang sedih ‘on behalf her’ (bagi pihak) keluarga. Tiada siapa inginkan perceraian.

“Janganlah kita menjadi orang yang macam tahu luar dan dalam. Kedua mereka ada khilaf masing-masing. Kita janganlah cepat menghakimi takut berbalik pada diri. Dosa dengan Allah boleh minta ampun, dosa dengan manusia?

Menurut Aprena lagi, adalah tidak patut daripada menghamburkan kata-kata berbaur caci maki, dia mengingatkan agar netizen boleh sahaja mendoakan kerana itu yang lebih baik.

Meninjau di ruangan komen, Aprena bagaimanapun turut dinasihati agar berdiam dan tidak mengemaskini hantaran baharu di media sosialnya berikutan situasi netizen yang tidak boleh dikawal.

“Kita memang tak leh (boleh) kawal netizen.. kita boleh kawal diri sendiri je (saja),” ujar warganet.

“Netizen kepala berapa ramai. Diri sendiri ni seorang je (saja), jadi kawal diri sendiri untuk elak dikritik, dikecam. Kalau diam orang takkan kacau,” tulis netizen.

“Tolong nasihat Uqasha jangan tamak bab anak, tu pun anak Kamal,” kata seorang warga maya.

“Diam aje (saja) lah. Tak payah nak update-update (kemaskini),” komen pengguna media sosial.

Terdahulu, Uqasha bertindak memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Syariah pada 1 Oktober 2025 lalu atas alasan sudah tiada persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Kamal dan Uqasha bernikah pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top