AS mungkin ambil alih Selat Hormuz dari Iran – Trump

AS mungkin ambil alih Selat Hormuz dari Iran – Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin berkata bahawa AS berkemungkinan akan mengambil alih kawalan Selat Hormuz dan sepatutnya menerima bayaran sebagai balasan kerana menjaga laluan perairan strategik itu.

“Kita akan mengawal selat itu dan kita mungkin akan menguruskannya. Kita akan menjadi penjaga Selat Hormuz. Mungkin kita akan menggelarkan diri sebagai  ‘penjaga Selat Hormuz’ dan kita sepatutnya dibayar balik kerana berbuat demikian,” kata Trump dalam temu bual telefon dengan rancangan Fox & Friends di Fox News.

“Kita akan mengambil alih selat itu. Mereka sudah tiada apa-apa lagi. Semalam, mereka mengadakan mesyuarat selama 11 jam  dan semuanya telah dipersetujui semalam. 

“Kemudian mereka keluar dari bilik mesyuarat, menghubungi semula dan berkata, kami perlu membuat beberapa perubahan. Selama 47 tahun, mereka terus memperdaya orang ramai. Perkara ini sepatutnya sudah diselesaikan sejak 47 tahun lalu,” kata Trump.

Selat Hormuz itu ditutup oleh Iran pada 28 Februari sebelum dibuka dan ditutup semula kerana perang Asia Barat. – AGENSI

Scroll to Top