ISTANBUL – Bekas Presiden Syria Bashar al-Assad dijatuhi hukuman mati tanpa kehadiran tertuduh oleh sebuah mahkamah jenayah di Damsyik pada Selasa selepas disabitkan atas kesalahan pembunuhan terancang, penyeksaan, penahanan sewenang-wenang dan jenayah terhadap kemanusiaan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik agensi berita SANA.
Hakim Al-Aryan dari Mahkamah Jenayah Keempat di Damsyik berkata keterangan saksi membuktikan peranan Assad dalam jenayah berkenaan selaku “pembuat keputusan tertinggi” dan beliau menggunakan institusi negara untuk memudahkan pelaksanaan jenayah itu.
Mahkamah mensabitkan Assad atas kesalahan pembunuhan terancang membabitkan beberapa mangsa termasuk kanak-kanak, penyeksaan, penahanan sewenang-wenang dan jenayah terhadap kemanusiaan serta menjatuhkan hukuman mati tanpa kehadiran tertuduh. – Bernama
