LATEST

Berbalas tembakan dengan polis, lelaki maut

Berbalas tembakan dengan polis, lelaki maut

am@hmetro.com.my

Baca juga: Ahli, institusi agama perlu perkasa ummah depani kecerdasan super

Ipoh: Seorang lelaki dipercayai penjenayah mati ditembak dalam satu insiden berbalas tembakan dengan polis di sebuah kawasan perumahan di Ulu Kinta, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin mengesahkan kejadian terbabit.

Satu sidang media khas akan diadakan sekitar jam 2.45 petang, di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak, hari ini.

Difahamkan sidang media berkenaan akan dilakukan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar.

Terdahulu, hasil tinjauan di lokasi mendapati beberapa kenderaan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di kawasan kejadian.

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan menghampiri lokasi berikutan kawasan berkenaan dipasang garisan polis dengan radius kawalan kira-kira 100 meter.

Menurut seorang penduduk di situ, beliau ada terdengar beberapa letupan namun menyangkakan hanya bunyi letupan mercun.

“Saya ada dengar beberapa letupan tapi saya ingat bunyi mercun.” katanya ringkas ketika ditemui di lokasi kejadian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news