LATEST

MCMC nafi ujian amaran awam di empat negeri hari ini

MCMC nafi ujian amaran awam di empat negeri hari ini

am@hmetro.com.my

Baca juga: Messi intai kejuaraan Piala MLS berturut-turut

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan ujian Sistem Amaran Awal Nasional akan dilaksanakan membabitkan orang awam di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang hari ini.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, maklumat yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp mengenai pelaksanaan ujian amaran awam di empat negeri berkenaan adalah tidak benar.

“Aktiviti yang dijadualkan pada hari ini (19 November 2026) adalah ujian teknikal dalaman bagi menilai kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem sebelum pelaksanaan yang lebih meluas dan bukannya ujian amaran kepada orang awam di negeri seperti yang didakwa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih serta merujuk saluran rasmi MCMC bagi mendapatkan perkembangan dan pengumuman terkini.

“Semak dahulu sebelum berkongsi,” kata kenyataan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news