PUTRAJAYA – DAP memilih untuk terus kekal dalam Kerajaan Madani sehingga tamat penggal Parlimen ke-15, sekali gus menamatkan tanda tanya mengenai masa depan parti itu dalam blok pentadbiran.
Keputusan berkenaan dibuat menerusi pengundian dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad.
Menurut Speaker, Cha Kee Chin, daripada 2,106 kertas undi yang dikeluarkan, sebanyak 2,099 undi disahkan sah, manakala tujuh lagi rosak.
Daripada jumlah undi sah itu, 1,857 perwakilan atau 88.2 peratus memilih untuk menyokong usul supaya kepimpinan parti meneruskan penyertaan dalam Kerajaan Persekutuan.
Sebanyak 242 undi atau 11.5 peratus pula menolak usul berkenaan.
Seramai 2,223 perwakilan direkodkan hadir pada persidangan berkenaan yang berlangsung sejak jam 10 pagi.
