Dinosaur terbesar Asia Tenggara ditemui di Thailand

Dinosaur terbesar Asia Tenggara ditemui di Thailand
Dinosaur terbesar Asia Tenggara ditemui di Thailand

Ilustrasi artis menunjukkan dinosaur sauropod era Cretaceous, Nagatitan chaiyaphumensis, yang fosilnya ditemui di Thailand dalam imej dikeluarkan pada 14 Mei 2026. Dinosaur itu dipercayai yang terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara. – Reuters

BANGKOK – Sekumpulan saintis mengenal pasti spesies baharu dinosaur gergasi berleher panjang hasil penemuan fosil di timur laut Thailand, yang dipercayai sebagai dinosaur terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara.

Laporan Reuters menyebut dinosaur itu dinamakan Nagatitan chaiyaphumensis dan dianggarkan seberat kira-kira 27 tan, bersamaan sembilan ekor gajah Asia dewasa, serta berukuran sekitar 27 meter panjang.

Penemuan fosil berkenaan dibuat di wilayah Chaiyaphum, timur laut Thailand dan hasil kajian itu diterbitkan dalam jurnal saintifik Scientific Reports.

Menurut saintis, spesies berkenaan tergolong dalam kumpulan dinosaur sauropod, iaitu dinosaur herbivor berleher panjang yang pernah hidup jutaan tahun lalu.

Penyelidik percaya Nagatitan chaiyaphumensis merupakan dinosaur terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara berdasarkan saiz fosil yang ditemukan setakat ini.

Penemuan itu sekali gus memberikan petunjuk baharu mengenai kepelbagaian spesies dinosaur yang pernah menghuni rantau Asia Tenggara pada zaman prasejarah. – Agensi

 

 

Scroll to Top