Farah Ahmad selar komen dangkal mengenai Tun Mahathir

Farah Ahmad selar komen dangkal mengenai Tun Mahathir

PETALING JAYA: Pelakon, Farah Ahmad meluahkan rasa terkilan terhadap komen-komen dangkal yang ditulis netizen berhubung pemergian Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Kata Farah, perkara itu seharusnya tidak berlaku lebih-lebih lagi ketika rakyat Malaysia masih terkesan dengan pemergian Allahyarham.

“Tergamak mereka ini memuat naik kandungan dan melayangkan komen sedemikian rupa. Tindakan itu sangat biadap.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berpandangan mereka ini sekadar nak mengumpul pengikut atau tontonan, sebab itu sanggup menulis komen yang bukan-bukan, pemasaran kotor namanya.

“Jika perbuatan jahat itu boleh dihidu, anda memang tahi,” katanya.

Baru-baru seorang pengguna media sosial mengundang kemarahan rakyat apabila memuat naik komen dangkal mengenai Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Farah memaklumkan jelas individu terbabit tidak sensitif sehingga tergamak menulis komen sedemikian.

“Adab kena ada, baik netizen atau sesiapa sahaja, apa salahnya menghormati keluarga Allahyarham.

“Mungkin mereka ini perlu pendidikan seni kerana di dalamnya ada menerapkan nilai moral dan adab,” kongsinya.-UTUSAN

 

 

Scroll to Top