Gadis ditikam 61 kali: KPTM rakam takziah, beri kerjasama penuh kepada PDRM

Gadis ditikam 61 kali: KPTM rakam takziah, beri kerjasama penuh kepada PDRM

Kota Bharu: Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd (KPTMSB) menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang pelajarnya dari kampus Kota Bharu yang ditemui maut di Ketereh pada Jumaat lepas.

KPTMSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

“Pihak KPTMSB sedang memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam proses siasatan berkenaan.

“KPTMSB turut menyediakan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga mangsa bagi membantu mereka menghadapi saat-saat sukar ini,” menurut kenyataan itu.

Susulan insiden itu, pihak pengurusan kolej menasihatkan seluruh warga kampus dan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat atau spekulasi yang tidak sahih.

Menurut KPTMSB, langkah itu penting bagi menghormati privasi keluarga mangsa yang sedang bersedih di samping memastikan kelancaran siasatan pihak polis.

Maklumat lanjut berhubung perkembangan insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi KPTMSB.

Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan penemuan mayat mangsa di jalan berhampiran sawah Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu yang dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di situ.

Susulan kejadian itu, empat suspek terdiri daripada tiga lelaki berusia 19 hingga 66 tahun dan seorang wanita 60 tahun ditahan reman pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Berita berkaitan

https://www.hmetro.com.my/utama/2026/05/1353031/mak-ayah-nurfisya-tegas-jaga-batas-pergaulan-dengan-kawan-lelaki-jiran

Gadis ditikam 61 kali: Beberapa lagi individu akan ditahan – Polis

Gadis ditikam 61 kali: Mangsa keluar makan malam dengan suspek, sempat muat naik status di WhatsApp sebelum dibunuh

Gadis ditikam 61 kali: Cemburu punca pembunuhan, dipercayai dibunuh dalam kereta

Gadis ditikam 61 kali: Jenazah Nurfisya selamat dikebumikan, keluarga harap diberi ruang bertenang

Gadis ditikam 61 kali: Polis tahan 3 lelaki dan wanita warga emas, rampas pisau

Gadis ditikam 61 kali: 4 suspek termasuk wanita warga emas tiba ke mahkamah untuk permohonan reman

Gadis ditikam 61 kali, polis tahan 2 lelaki

Hanya tahu adik maut ditikam 61 kali selepas baca berita – Abang

Mangsa tikam 61 kali adalah penuntut kolej, berasal dari Perak

Rantai ‘SYAA’ pada leher wanita dipercayai dibunuh dengan 61 tikaman

‘Banyak kecederaan di muka dan leher mangsa, mungkin ada kaitan jenayah’

Mayat wanita berlumuran darah dengan kesan tikaman ditemukan di Ketereh

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top