Hishammuddin ziarah Ismail Sabri, titip doa segera kembali pulih

Hishammuddin ziarah Ismail Sabri, titip doa segera kembali pulih

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluangkan masa menziarahi Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin di kediaman mereka, Khamis.

Menerusi hantaran di Facebook, Hishammuddin turut berkongsi detik kunjungan berkenaan selain menitipkan doa agar Ahli Parlimen Bera itu diberikan kesembuhan dan kesejahteraan.

“Didoakan semoga segera diberi kesembuhan, dikurniakan kesejahteraan dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH SWT. Insya-ALLAH,” katanya.

Hishammuddin ziarah Ismail Sabri, titip doa segera kembali pulih

Hantaran itu turut disertai beberapa keping gambar yang memaparkan suasana santai dan kemesraan antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan pernah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) susulan masalah kesihatan yang dialaminya.

Artikel lain: Atas dasar persahabatan, PM Anwar & isteri ziarah Ismail Sabri di IJN

Beliau turut dijadualkan menjalani prosedur berkaitan perentak jantung (pacemaker) selepas keadaan kesihatannya merosot dan dikejarkan ke IJN untuk pemantauan rapi oleh pakar perubatan.

Sumber: FB Hishammuddin Hussein

Scroll to Top