PARMA, OHIO – Tiga individu maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan ketika majlis menyambut kelahiran bayi atau ‘baby shower’ di Ohio, Amerika Syarikat (AS) dipercayai berpunca daripada pertelingkahan keluarga.Polis Ohio menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada petang Sabtu lalu di Pandora’s Magical Events Venue di sini kira-kira 16 kilometer (KM) ke selatan Cleveland.Jurucakap polis, Scott Traxler berkata, salah seorang penembak iaitu pemuda berusia 29 tahun ditahan, namun belum didakwa atas sebarang kesalahan.”Pihak detektif sedang menyiasat sama ada lelaki berkenaan merupakan pihak yang memulakan serangan atau bertindak mempertahankan diri.”Seorang lagi suspek penembak berusia 19 tahun merupakan antara individu yang maut dalam kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita pada malam Ahad.Polis mengenal pasti dua mangsa sebagai Leasia England, 17, dan Jayson Townsend, 45.Katanya, Townsend merupakan bapa kepada Leasia yang diraikan.Bagaimanapun, pihak berkuasa belum mendedahkan identiti suspek penembak berusia 19 tahun itu serta seorang wanita berusia 39 tahun yang turut mengalami kecederaan akibat ditembak pada bahagian kaki.Menurut Traxler, maklumat awal menunjukkan lelaki berusia 19 tahun itu merupakan bapa kepada bayi yang belum dilahirkan.Saksi turut memaklumkan kepada polis bahawa lelaki berkenaan tidak dijemput menghadiri majlis tersebut.Sementara itu, lelaki berusia 29 tahun yang ditahan dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bakal ibu berkenaan.Pihak berkuasa berkata, kedua-dua senjata api yang digunakan dalam kejadian itu ditemukan dan dirampas polis.Traxler memaklumkan, pasukan detektif masih meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta keterangan saksi bagi mengenal pasti punca yang mencetuskan pertelingkahan sehingga berakhir dengan insiden berdarah itu.Ujian balistik juga mungkin diperlukan bagi menentukan senjata api yang digunakan untuk menembak setiap mangsa.Pihak pendakwa raya akan membuat keputusan kelak sama ada lelaki berusia 29 tahun yang ditahan itu perlu didakwa atas sebarang kesalahan jenayah atau sebaliknya. – Agensi
Tiga maut insiden bapa tidak dijemput majlis ‘baby shower’
Malay News | https://www.malay.news/tiga-maut-insiden-bapa-tidak-dijemput-majlis-baby-shower/